Feedback (BM)

Salam.

Saya Mohamad Afiq Bin Mat Taib penuntut tahun akhir di Kolej Profesional MARA Beranang.

Tujuan saya menaip emel ini adalah kerana ingin mengucapkan tahniah atas penerbitan buku ini yang sarat dengan ilmu dan cerita kisah jutawan2 yg ekstrem. Baru saya faham ape yg dimaksudkan En Azizi Ali apa itu jutawan ekstrem. Saya berpendapat semua orang yang mahu berjaya dalam perniagaan mesti baca buku ini. Apabila ingin berjaya dalam sesuatu bidang, kita mesti menjadi seorang yg ekstrem dan jangan salah faham dengan perkataan ekstrem ini. Tanyalah kepada sesiapa sahaja orang yg berjaya tak kira apa bidang. Mesti jawapan mereka usaha terus menerus tanpe mengenal penat dan lelah, belajar dari kesilapan yang boleh juga dimaksudkan dengan ekstrem.

Baiklah. Untuk pengetahuan Azizi, kita pernah berjumpa dan berjabat salam. Itupun sekadar pada masa Book Fair yang diadakan di PWTC tahun 2008. Agak lame dah tapi saya tidak baca dengan serious pada awalnya. Sayang sekali saya membuang masa tidak membaca buku tulisan Azizi ini. Buku ini juga ada tanda tangan Azizi dalam buku saya. Sungguh saya tak percaya dapat berjumpa dengan jurulatih jutawan. Padahal pada masa itu, saya tidak sangat mengenal Azizi. Selepas cuba menyelidiki siapa sebenarnya Azizi Ali, barulah saya kenal siapa Azizi sebenarnya. Rupanya Irfan Khairi pun belajar dari Azizi. Saya tertanya-tanya mungkin Azizi Ali bukan calang-calang orang. Saya jadi bertambah kenal, apabila Azizi ada dalam rancangan Bijak Mengurus Wang di media. Saya dengan cukup bangganya memberitahu ibu dan ayah saya, "Oh dia ni lah yg fiq jumpe, siap mintak sign dia lagi dia ni lah".

Mohamad Afiq Bin Mat Taib

"En. Azizi, ilmu yang dikongsi Tuan Azizi sungguh mudah difahami dan dipraktikkan. Ya, saya belajar hingga ke peringkat universiti, namun ilmu-ilmu seperti yang Tuan Azizi amalkan sungguh praktikal. Inilah yang saya perlukan. Terima kasih dan jangan berhenti menulis.”

Mohd Rafei

"Saya mengenali Tuan Azizi Ali secara tidak sengaja 5 tahun lalu apabila membeli buku Millionaires are from a different Planet. Inilah buku pertama dalam bidang pengurusan kewangan yang benar-benar membuka minda dan perspektif saya berkenaan wang. Memang mengujakan kerana saya membacanya dari kulit ke kulit. Saya seronok membaca setiap idea yang Tuan Azizi lontarkan di dalam buku ini. Tahniah buat Tuan Azizi dan True Wealth kerana mencetus dimensi baru pengurusan kewangan rakyat Malaysia!"

Mohd Sharifuddin Mohd Nor

"Banyak bahan bacaan berkenaan pengurusan kewangan kendiri dalam bahasa Inggeris
ataupun bahasa Melayu, yang mana penggunaan ayat dan perkataannya sukar difahami. Contohnya bagi golongan seperti saya yang baru sahaja terdedah kepada kesedaran tentang pengurusan kewangan kendiri ini. Jadi, saya selalu menghadapi kesulitan setiap kali ingin memahami maksud yang cuba disampaikan. Sebagai orang biasa yang berusaha meningkatkan pengetahuan, saya dapati buku-buku Tuan Azizi sangat sesuai, kaedah yang diajarkan mudah difahami malah banyak bahasa yang digunakan benar-benar menggambarkan keadaan masyarakat Malaysia khususnya cara pengurusan kewangan mereka. Kini, pengurusan kewangan kendiri bukan sahaja dapat dilakukan golongan kelas atasan, malah semua rakyat Malaysia mampu belajar dan menguruskan kewangan mereka sendiri. Syabas Azizi Ali, keep the good work sifu!

Mohd Azrin Arsad

"Lima tahun sebelum ini, saya tidak percaya masalah kewangan yang saya hadapi mampu diselesaikan melalui bahan bacaan. Hinggalah saya membeli buku Jutawan Dari Planet Jupiter, saya membeli kerana tajuknya pelik dan sebahagian kandungan buku tersebut seakan-akan memerli saya. Ini menjadikan buku kewangan pertama yang saya beli. Sejak daripada itu, minda saya berubah 100 peratus berkenaan kewangan.Kini, buku-buku Azizi Ali menjadi bahan rujukan saya sepanjang masa.Terima kasih Tuan Azizi Ali kerana dengan hanya kerana satu buku tuan, saya berubah serta merta!"

Ahmad Farizal Mohd Hassan
Senior Multimedia Designer

"Sebelum ini, membaca buku adalah perkara membosankan, namun selepas membaca buku The Millionaire In Me, saya terasa membaca itu seperti suatu kemestian. Olahan dan isi kandungan yang padat, ringkas, mudah difahami dan disampaikan secara santai membuatkan seolah-olah saya dan Tuan Azizi sedang berbicara secara langsung. Lagi pula isi kandungan buku itu mengandungi ilmu yang bernilai tinggi jika dibandingkan dengan harganya. Saya yakin memiliki setiap buku True Wealth adalah pelaburan yang bijak. Syabas dan tahniah!”

Suhartini Binti Serif
Programmer

"Saya mengenali dunia kewangan peribadi melalui buku-buku tulisan Tuan Azizi Ali. Mengubah minda dan tindakan saya pada kewangan peribadi secara keseluruhannya. Membaca buku-buku karya Tuan Azizi Ali sungguh menyeronokkan kerana tulisan beliau menghiburkan. Kita bukan sahaja dapat belajar sesuatu tentang wang tetapi turut belajar nilai-nilai kehidupan. Tulisan beliau penuh dengan motivasi dan nasihat-nasihat kewangan yang mengujakan. Jika anda ingin membaca buku-buku kewangan yang dapat membantu merubah kewangan peribadi, bacalah buku tulisan Tuan Azizi Ali, gaya penulisannya yang mudah dan bersahaja membuatkan apa yang disampaikannya berkesan.

Khairulnahar Jamaluddin
Konsultan Kewangan, Penulis, Usahawan Internet & Blogger Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi
www.PemikirKaya.com

"Saya mula membaca buku Tuan Azizi Ali pada 2003, semasa masih menuntut di universiti. Kini saya mengumpul hampir kesemua koleksi, dan memasang angan-angan yang begitu tinggi, untuk menjadi seperti Tuan Azizi Ali. Saya sudah pun memiliki aset pertama iaitu sebuah rumah yang disewakan, dana rezab tiga bulan sudah tersedia, amanah saham turut dibina, hutang-piutang dipantau supaya tidak membinasa. Itulah langkah pertama. Buku-buku koleksi peneman setia saya, saya baca berulang-kali tanpa bosan, kini saya bersedia bagi meneruskan langkah seterusnya, mengubah nasib keluarga. Mudah-mudahan saya dapat mengubah mimpi menjadi nyata. Terima kasih Tuan Azizi Ali di atas segalanya. Semoga Tuhan memberkati segala usaha."

Norshakila Haris
Pensyarah, UniKL

"Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Azizi atas segala ilmu kewangan yang saya perolehi daripada setiap buku yang saya baca. Ilmu kewangan saya sudah meningkat dan sekarang saya mengamalkan bagi bayaran bil. Saya dapat melihat kesannya hanya dalam tempoh 3 tahun selepas mengamalkannya. Sekali lagi jutaan terima kasih kepada Tuan Azizi Ali."

Nik Syharudin Nik Daud
Guru

"Salam buat Sifu Azizi dan semua. Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dapat mempertemukan saya dengan Sifu Pakar Kewangan, Tuan Azizi Ali. Walaupun baru pertama kali menyertai program ini, saya gembira kerana perjalanan saya hampir menuju ke puncak yang saya impikan. Lebih-lebih lagi dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh Tuan Azizi Ali kepada saya dan juga berbekalkan dengan bahan-bahan bacaan yang saya dapati daripada hasil tulisan buku-buku beliau. Buku-buku yang ditulis beliau saya baca berulang kali dan mudah saya fahami. Buku-buku terbitan True Wealth dalam bahasa Melayu menjadi buku pilihan saya. Ilmu daripada Tuan Azizi Ali tidak akan saya dapat di mana-mana universiti."

Norah Ahmad

"Apabila saya membaca buku-buku dan menghadiri seminar Tuan Azizi Ali, ia membuka pemikiran dan menggalakkan saya menggunakan ilmu itu sepenuhnya bagi mendapatkan kelebihan dan manfaat yang lebih berkesan. Langkah-langkah dan nasihat-nasihat yang mudah namun kesannya amat besar. Terima kasih Tuan Azizi Ali."

Mohd Asrul Hisyam Mamat
Eksekutif

"Perkongsian Tuan Azizi Ali berkenaan rahsia pengurusan dan kebebasan kewangan tidak ternilai harganya. Kini, menjadi jutawan bukan lagi angan-angan, ia menjadi matlamat kewangan saya. Buku-buku dan laporan yang ditulis mudah difahami dan praktikal. Terima kasih Azizi Ali!"

Azulri Nasri
Engineer

"Saya memiliki hampir semua buku tulisan Tuan Azizi dan saya akui banyak ilmu yang saya dapat. Pembelajaran melalui seminar, bengkel, dan lain-lain juga membuka minda saya untuk mempraktikkan apa yang saya pelajari. Berkat tunjuk ajar sifu, saya kini dalam proses menulis buku sendiri. Once again, jasamu Tuan Azizi tetap dihargai. Please do not stop educating people who are really thirst of knowledge especially on financial. You are the one and only, so sifu, please keep up the good work! God bless you!"

Muhamad Yusof Yeop Taharim
Head of Internal Audit, Perbadanan Nasional Berhad

"Sebelum ini, saya bekerja makan gaji dengan syarikat farmaseutikal. Gaji tidak tinggi, tetapi saya teringin membeli rumah bagi tujuan melabur seperti orang lain. Hampir 3 tahun bekerja, saya masih tidak mampu membeli rumah sekalipun rumah flat kos rendah, sedangkan saya menyimpan RM500 iaitu 1/4 daripada gaji bulanan saya. Ini semua berlaku kerana saya mendengar nasihat daripada orang yang salah yang mana katanya saya perlu membeli rumah secara tunai yang dikatakan cara pelaburan hartanah yang betul. Buku Tuan Azizi Ali menyelamatkan saya. Saya terfikir sekiranya saya baca buku Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Hartanah Azizi Ali 3 tahun yang lalu, tidaklah saya buat usaha sia-sia itu atau saya sudah pun bergelar Ribuwan Hartanah pada hari ini. Sekarang saya sudah bertukar kerjaya dan seronok menikmati pendapatan pasif daripada dua flat milik saya. Kini, saya sedang merancang untuk membeli yang ketiga? Secepat mungkin, InsyaAllah."

Mohd Zulhelmi B Syafuddin Tan
Eksekutif Pemasaran, Prowealth Marketing Agency

"Salam sejahtera. Terima kepada True Wealth kerana telah menerbitkan beberapa buah buku berkaitan kewangan. Sesungguhnya ia sangat berguna. Hal ini kerana setiap hari kita didedahkan dengan wang, akan tetapi kita tidak didedahkan dengan cara pengurusan kewangan. Akibatnya, kebanyakan orang sering menghadapi masalah kewangan. Walaupun saya pelajar, saya tetap mempraktikkannya. Hasilnya, saya berjaya menyimpan wang pada setiap bulan dan terus membeli buku bagi menambah lagi ilmu pengetahuan. Sekali lagi, terima kasih TW. Semoga terus maju dan maju."

Abdul Hadi Bin Md Rofiee
Lepasan Ijazah Sarjana Muda Syariah


True Wealth dan Azizi Ali mengalu-alukan maklumbalas anda. Sila e-mailkan ke feedback@millionairesplanet.com.

© Millionaires Planet. All rights reserved. | Disclaimer | Sitemap
Google+