• Adakah anda bercita-cita untuk menjadi seorang jutawan?
  • Adakah anda mahu mencapai kebebasan kewangan?
  • Adakah anda mahu tinggal di sebuah rumah yang lebih besar dan mewah?
  • Adakah anda mahu memberi kehidupan yang lebih baik kepada keluarga anda?

Jika anda menjawab "ya" kepada semua soalan di atas, anda berada di laman web yang betul. Hartanah sudah terbukti di seluruh dunia sebagai satu pelaburan yang memberi pulangan lumayan. Malah, sehingga 100 tahun yang lalu, satu-satunya cara untuk membina kekayaan ialah melalui hartanah. Mereka yang kaya adalah mereka yang mempunyai lebih banyak pegangan hartanah daripada yang lain.

Situasi yang sama masih berlaku hari ini. Walaupun ramai jutawan menjana wang besar melalui perniagaan, tetapi mereka ini turut melabur di dalam hartanah. Jadi, semua jutawan di Malaysia memegang sebahagian besar daripada aset mereka dalam bentuk hartanah. Kalau ini realitinya - semua jutawan mempunyai aset hartanah - ini bermakna sesiapa yang mahu menjadi jutawan perlu mengikut jejak langkah tersebut. Ikut langkah tersebut, melabur di dalam hartanah, bina kekayaan dan capai impian anda!

Tip Panas!

"Sembilan puluh peratus daripada jutawan dunia menjadi jutawan menerusi pemilikan hartanah."
Andrew Carnegie

Hadiri seminar Jutawan Hartanah kelolaan Azizi Ali untuk mempelajari teknik-teknik terperinci dan efektif untuk melabur di dalam hartanah.

"Seminar Jutawan Hartanah kelolaan Sdr Azizi Ali amat menarik dan penuh informasi. Memandangkan saya amat sibuk dalam bidang muzik dan kebudayaan, hartanah memang sesuai untuk saya menjana lebih pendapatan pasif!"
Manan Ngah
Komposer Terkenal

WORKSHOP : JADILAH SEORANG JUTAWAN HARTANAH
Tarikh : AKAN DITETAPKAN NANTI
Tempat: CITITEL, Mid Valley


Kini buat kali pertamanya, Azizi Ali, seorang Jutawan Hartanah akan membongkarkan rahsia kejayaan pelaburan hartanah melalui siri woksyop "Jadilah Seorang Jutawan Hartanah" yang akan diadakan di dalam Bahasa Malaysia.

Jadi jika anda mahu menjana wang daripada pelaburan hartanah, mahu membina kekayaan, mahu mengelakkan kesilapan beribu-ribu ringgit, masalah yang sering memeningkan kepala dan tiada kesudahan, mahu mengurangkan kerja dan mahu menambah pendapatan selaku seorang tuan rumah, seminar ini adalah untuk anda.

Azizi Ali, seorang penulis dan penceramah terkenal dan juga digelar sebagai "Jutawan Hartanah" oleh akhbar The New Straits Times, kini akan mengajar anda bagaimana untuk membina kekayaan melalui pelaburan hartanah. Azizi sendiri telah menjana aset melebihi RM4 juta melalui pelaburan hartanah secara sambilan!

 

 

TENTANG PENCERAMAH

Siapakah Azizi Ali?

Azizi Ali ialah perunding kewangan peribadi nombor satu di Malaysia . Beliau telah menghasilkan 24 buah buku terlaris termasuk "Jutawan dari Planet Jupiter", "Lahirnya Seorang Jutawan", "Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan", "Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Hartanah" dan "Juara Lelongan Hartanah".

Beliau adalah seorang Perunding Kewangan Bertauliah (Chartered Financial Consultant) dan mempunyai ijazah Sarjana Perniagaan (MBA) dari University of Bath, England.

Beliau juga telah banyak memberi ceramah di seluruh pelusuk Asia Tenggara termasuk di Thailand, Brunei dan Singapura. Di antara pelanggan beliau ialah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Suruhanjaya Sekuriti, Petronas, Bank OCBC, KWSP, Lembaga Hasil Dalam Negeri, AIA Assurance, Prudential Assurance, Danaharta, Maxis dan Telekom Malaysia.

Beliau juga sering muncul di kaca TV dan radio membicarakan tentang pengurusan kewangan peribadi.

Yang lebih penting, beliau telah mencipta kekayaan melalui pelaburan hartanah. Beliau memiliki beberapa hartanah di Lembah Klang, termasuk di Bangsar, Subang Jaya, Damansara dan Kelana Jaya.

Ini bermakna strategi yang digunakannya telah berjaya dan bukan hanya teori semata-mata.

Woksyop ini sudah dianjurkan selama lebih tujuh tahun dalam Bahasa Inggeris di Malaysia. Inilah kali pertama siri woksyop ini diadakan di dalam Bahasa Malaysia.

Azizi Ali di Astro Ria bersama Reed Shamsuddin.

"Salah satu cara yang terbaik untuk berjaya ialah dengan mengikut jejak tapak orang yang telah berjaya. Anda tidak perlu pening kepala mencipta teknik baru. Tiru mereka yang telah berjaya dan Insyaallah, anda akan turut berjaya."

Azizi Ali, penulis dan penceramah kewangan #1 di Malaysia

Berikut adalah masalah yang mungkin
anda hadapi...

  • Anda ingin melabur di dalam hartanah untuk mendapatkan kebebasan kewangan bersama keluarga, tetapi tidak tahu bagaimana untuk membuat pilihan yang betul dan bijak.
  • Anda takut untuk melabur di dalam hartanah kerana takut ditipu.
  • Anda ingin menjadi seorang Tuan Rumah dan mengutip duit sewa tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula.
  • Anda tidak tahu apakah poin-poin penting tentang pelaburan hartanah.
  • Anda ingin memilih Gadaijanji (housing loan) yang terbaik tetapi tidak tahu bagaimana untuk memilih di antara begitu banyak gadaijanji yang ditawarkan.
  • Anda ingin melupuskan Gadaijanji secepat mungkin tetapi tidak tahu bagaimana untuk melakukannya dengan efektif.
  • Anda telah kerugian ketika melabur di dalam hartanah dan ingin tahu di manakah silap anda supaya ia tidak berulang lagi.
  • Anda mempunyai banyak soalan tentang pelaburan hartanah tetapi tidak tahu siapa yang boleh ditanya yang akan memberi jawapan yang betul dan tidak berat sebelah.

 

Azizi akan mendedahkan semua teknik dan strategi untuk menjadi pelabur hartanah yang bijak dan berjaya agar anda dapat mencapai kebebasan kewangan dengan secepat mungkin... dengan cara mudah, murah dan pantas.

Tujuan woksyop ini mudah. Anda akan menjadi seorang pelabur hartanah yang lebih bijak dan berilmu. Peluang anda untuk menjana wang daripada hartanah akan berganda!


Tip Panas!

Program ini menggunakan "Accelerated Learning Methodologies". Ini bermakna program ini bukan hanya ceramah semata-mata, tetapi merangkumi woksyop dan permainan praktikal. Teknik terbaru dan canggih ini sudah terbukti memberi pengajaran, ilmu dan kesan yang lebih kepada peserta berbanding dengan ceramah semata-mata.

Kebaikan program ini

  • Kenapa memilih Hartanah

    Azizi akan berkongsi dengan anda kenapa dia dan ramai pelabur yang berjaya memilih hartanah sebagai pelaburan utama mereka. Beliau akan menerangkan bagaimana hartanah sudah terbukti sebagai pelaburan yang memberi pulangan yang terbaik dan juga kenapa jutawan-jutawan memilih hartanah.

  • 4 faktor kejayaan kritikal di dalam Hartanah

    Walaupun pelaburan hartanah memberikan pulangan terbaik, ini tidak bermakna yang anda boleh membeli sebarangan. Ribuan orang telah kerugian teruk kerana mereka tidak tahu faktor-faktor kejayaan di dalam pelaburan hartanah. Mereka membeli tanpa pengetahuan dan tanpa ilmu. Main tembak sahaja. Inilah sebab utama mengapa ramai orang kerugian besar di dalam pelaburan hartanah.

    Azizi akan membongkarkan 4 faktor kritikal yang akan membimbing anda ke arah kejayaan di dalam pelaburan hartanah ini. Dengan adanya ilmu ini, anda akan berjaya menjana wang bukan hanya sekali, tetapi berulang kali!

  • 4 faktor penting tentang Hartanah

    Azizi juga akan menerangkan 4 faktor tambahan penting yang akan menolong anda menjana lebih banyak wang daripada pelaburan hartanah anda. Faktor-faktor penting ini juga boleh menolong anda daripada jatuh terperangkap di dalam masalah dan kerugian besar di dalam pelaburan hartanah.

  • Bagaimana untuk menang di dalam lelongan hartanah

    Sememangnya betul kita boleh mendapat belian yang amat baik di dalam lelongan hartanah. Tetapi untuk mendapat keuntungan besar ini, anda perlu tahu teknik dan strategi kejayaannya. Seminar ini akan membongkarkan rahsia bagaimana anda boleh menang di dalam lelongan hartanah dan tidak terperangkap di dalam masalah yang tiada akhirnya. Strategi yang dipakai memang terbukti berjaya. Ini bermakna anda berpeluang membeli rumah dengan harga yang amat murah.

  • Bagaimana untuk membeli hartanah tanpa deposit

    Seminar ini juga akan mendedahkan teknik untuk membeli hartanah di Malaysia dengan wang deposit yang sedikit. Malah, tanpa mengeluarkan sesen pun! Ya, anda boleh membeli hartanah di Malaysia tanpa wang pendahuluan - jika anda tahu caranya. Ini bermakna yang anda tidak perlu modal yang besar untuk melabur di dalam hartanah. Modal yang ada pula boleh disimpan untuk tujuan lain.

  • Memilih gadaijanji (housing loan) yang terbaik

    Azizi akan menunjukkan ciri-ciri gadaijanji yang terbaik untuk anda. Ini amat penting kerana gadaijanji yang betul akan membolehkan anda menambah kekayaan sendiri dengan menggunakan wang orang lain. Dalam masa yang sama, anda juga boleh mengurangkan jumlah modal sendiri, boleh meminjam lebih banyak dan lebih penting sentiasa mengawal kedudukan kewangan anda.

  • Cara-cara untuk menghapuskan hutang gadaijanji dengan secepat mungkin

    Azizi juga akan menghuraikan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkan jumlah bayaran hutang gadaijanji anda. Dengan menggunakan teknik-teknik yang disyorkan, anda boleh menyelesaikan hutang anda dalam masa kurang dari 5 tahun! Ini bermakna lebih wang di dalam poket anda.

  • Bagaimana untuk menghapuskan masalah penyewa dan menjadi Tuan Rumah Super!

    Hartanah dan menjadi tuan rumah tidak dapat dipisahkan. Ianya berkait begitu rapat, bagaikan kembar Siam. Malangnya, tidak ramai tuan rumah yang dapat menjana wang daripada sewa. Itu sudah teruk. Apa yang lebih buruk lagi ialah terlalu ramai tuan rumah yang mempunyai masalah yang tiada kesudahan dengan penyewa mereka.

    Azizi, yang sudah menjadi seorang tuan rumah selama lebih sembilan tahun akan menceritakan langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk mengurangkan kerja, mengurangkan masalah dan menambah pendapatan dengan menjadi seorang Tuan Rumah Super - dimana penyewa membayar sewa tepat pada masanya, secara automatik dan juga menjaga hartanah anda dengan baik. Ini akan menolong anda untuk menambah kekayaan.

  • Kini di dalam Bahasa Malaysia

    Azizi telah menganjurkan seminar ini di dalam Bahasa Inggeris sejak lebih enam tahun di seluruh negara. Beribu-ribu peserta telah mendapat kebaikan dari seminar ini dan telah mencipta kekayaan sendiri. Ini bermakna bahawa isi kandungan program ini sudah terbukti, praktikal, berjaya dan amat berharga.

    Inilah kali pertama siri woksyop ini dikendalikan di dalam Bahasa Malaysia.

  • Khas untuk rakyat Malaysia

    Boleh dikatakan hampir semua woksyop dan seminar kewangan di negara ini dikendalikan oleh rakyat asing. Sesetengah daripada strategi yang mereka syorkan tidak dapat diaplikasikan di Malaysia kerana undang-undang yang berbeza atau pun ketiadaan produk yang disyorkan.

    Tetapi, oleh kerana woksyop ini dicipta oleh rakyat Malaysia sendiri (dan bukan warganegara asing) untuk rakyat Malaysia, ini bermakna semua tip dan strategi yang disyorkan boleh diaplikasikan.

  • Dan banyak lagi...

 

Siapa yang patut menyertai?

  • Sesiapa yang ingin membina kekayaan

  • Sesiapa yang inginkan wang tambahan

  • Sesiapa yang ingin membeli rumah yang pertama

  • Sesiapa yang mahu belajar lebih lanjut tentang hartanah

  • Sesiapa yang ingin mengurangkan masalah sebagai tuan rumah

  • Sesiapa yang ingin mengurangkan kerja sebagai tuan rumah

  • Sesiapa yang ingin menambah keuntungan sebagai tuan rumah

  • Sesiapa yang ingin mengurangkan kesilapan yang sering dilakukan orang ketika melabur di dalam hartanah

  • Sesiapa yang ingin mengurangkan bayaran balik gadaijanji (housing loan)

  • Sesiapa yang ingin meningkatkan nilai hartanah mereka

  • Ejen hartanah yang mahu lebih berjaya

KOSMO!

"Bagi saya, wang nombor dua, ilmu lebih penting. Sebanyak mana pun wang yang ada, kalau tidak ada ilmu pengurusan untuk menjana wang, ia akan habis. Tetapi kalau kita ada ilmu, duit pun akan datang."

Azizi Ali

Jika saya sudah memiliki buku "Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan", "Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Hartanah" dan "Juara Lelongan Hartanah", adakah woksyop ini berguna untuk saya?

Sudah tentu! Anggaplah tiga buku tersebut sebagai teks kepada kursus ini. Dengan seorang pakar hartanah yang menunjukkan teknik terkini yang penting, memberi kritikan dan jawapan, woksyop ini akan dapat membantu anda melabur di dalam hartanah dengan lebih bijak, cepat dan selamat. Woksyop ini juga mengandungi banyak maklumat tambahan yang tidak ada di dalam buku oleh kerana ruang yang terhad. Anda akan mendapat tip-tip tambahan berserta idea-idea baru yang akan memberi kelebihan kepada anda!

Tip Panas!

Harga rumah yang paling murah di Malaysia kini berharga lebih RM50,000. Itu pun harga rumah murah. Harga purata rumah biasa melebihi RM160,000 dan harga purata di KL pula ialah RM334,000!

Sebelum membelanjakan wang sebegitu banyak, tidakkah masuk akal untuk berbelanja sedikit untuk belajar dari seorang pakar bagaimana untuk memilih, membeli, mengurus dan menjual dengan bijak? Tidakkah berbaloi untuk berbelanja sedikit untuk mengetahui selok belok pelaburan agar tidak terperangkap di dalam kekecohan yang banyak dialami oleh pembeli? Tidakkah penting untuk mengetahui cara-cara untuk menjana lebih banyak wang dengan usaha yang minima?

Sudah tentu jawapannya ialah ya. Pelaburan yang paling baik anda boleh lakukan ialah di dalam diri anda sendiri. Seminar ini adalah pelaburan untuk diri anda sendiri.

 


"Sebelum ini, saya telah membuat kajian tentang golongan hartawan dan salah satu persamaan yang ada pada mereka semua adalah pelaburan hartanah..oleh sebab itu, kalau kita ingin menjadi kaya, kita juga perlu mengikut cara mereka. Kerana ini jugalah saya memilih pelaburan hartanah."

Azizi Ali
Dewan Ekonomi

Bagaimanakah program ini berlainan daripada yang lain?

Program ini dikelolai oleh Azizi Ali, penulis dan penceramah kewangan #1 di Malaysia! Beliau juga mempraktikkan apa yang dikata. Beliau memiliki beberapa buah hartanah di Lembah Klang dan menjana wang daripada semua hartanahnya. Jadi semua strategi yang digunakannya adalah praktikal dan membawa hasil!

Azizi juga adalah berkecuali kerana dia tidak terikat dengan mana-mana pemaju hartanah, bank atau ejen hartanah. Ini bermakna beliau tidak mempromosikan produk atau servis tertentu.


"Impian saya ialah untuk menolong rakyat Malaysia menguruskan kewangan mereka dengan lebih bijak. Jadi woksyop mini Jutawan Hartanah ini memang tepat dan kena pada waktunya. Saya akan menurunkan segala ilmu tentang hartanah yang saya ada di dalam seminar setengah hari ini. Peserta akan mengetahui semua yang saya tahu tentang hartanah diakhir program!"

Azizi Ali, penulis dan penceramah kewangan #1 di Malaysia


Walaupun anda mungkin tidak ada impian untuk menjadi seorang jutawan besar, tetapi anda tetap akan mendapat manfaat daripada program ini. Pertamanya, anda pasti akan membeli rumah sendiri. Sudah tentu dengan ilmu yang dipelajari, anda akan menjadi seorang pembeli yang berpengetahuan dan bijak.

Keduanya, inilah satu-satunya seminar hartanah yang diadakan khas di dalam Bahasa Malaysia. Anda tidak akan dapat mempelajari ilmu yang akan dikongsi di mana-mana tempat lain di negara ini!

Gambar dari seminar Be the Next Property Millionaire yang dikelolakan oleh Azizi Ali -
seminar hartanah terunggul di Malaysia

Tip Panas!

Sebelum menyertai mana-mana seminar kewangan, tentukan yang penceramahnya seorang yang mempunyai kelayakan yang sewajarnya, berkecuali dan lebih pentingnya, mempraktikkan apa yang hendak diajarnya. Dengan cara ini, anda tahu yang strateginya membawa hasil dan bukan teori semata-mata.

 

 

Tiga buah buku Azizi tentang pelaburan hartanah:
"Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Hartanah", "Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan" dan "Juara Lelongan Hartanah"....


Komen tentang buku "Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan" ...

"Saya telah mendapat banyak manfaat daripada Azizi dan buku-bukunya. Jadi saya percaya yang buku ini juga akan memberi panduan yang sama - menambahkan pendapatan anda, mengurangkan masalah anda sementara menunjukkan arah kepada anda untuk menjadi jutawan hartanah yang berikutnya di Malaysia!"

Ho Yean, Pengarah Urusan Strategic Transmark Sdn Bhd

"Maklumat di dalam buku ini bernilai berjuta ringgit. Baca buku ini - ia akan menyelamatkan anda daripada kekecewaan dan kerugian. Ia adalah jalan singkat kepada kekayaan hartanah."

Stephen Tew, Presiden, Institut Ejen Hartanah Malaysia (2001-2003)

"Dengan maklumat yang lengkap dan seronok dibaca, buku ini boleh menjadi panduan dan memberi penerangan. Mereka yang mahir dalam bidang hartanah pun akan meraih manfaat daipada maklumat di dalam buku ini. Ia memberi ilmu secara bijaksana dengan diselitkan unsur-unsur humor dan keseronokkan."

Dato Mani Usilappan, Timbalan Ketua Pengarah 2, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

 


UTUSAN MALAYSIA

"Pelaburan hartanah adalah yang terbaik kerana memenuhi kriteria seperti memberi pulangan melepasi kadar inflasi, memerlukan kerja dan masa yang sedikit, dibiayai oleh orang lain (bank) dan di bawah pengawalan sendiri."

Azizi Ali


Pesanan dari Azizi Ali ...

Salam kejayaan,

Terima kasih kerana melawat laman web ini. Saya amat berbesar hati dengan kedatangan anda. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada anda kerana mengambil langkah pertama untuk berjaya di dalam pelaburan hartanah.

Tujuan saya menulis pesanan ini ialah untuk memberitahu anda sebab mengapa saya menjalankan woksyop ini dan bagaimana woksyop ini dapat memberi kebaikan kepada anda.

Seperti ramai orang lain (mungkin termasuk diri anda sendiri), saya memang mencari-cari pelaburan yang terbaik. Saya mencari pelaburan yang tidak memerlukan kerja berat, tidak memerlukan banyak masa, tidak memerlukan banyak modal dan yang paling penting, mendapat pulangan yang baik dan memuaskan.

Pada mulanya, saya melabur di dalam pasaran saham. Walaupun saya ada menjana wang, saya juga banyak mengalami kerugian. Pi mai, pi mai, dok tang tu juga! Kemudian saya melabur di dalam unit amanah. Cerita yang sama berulang. Duit masuk sedikit tetapi keluar banyak. Saya teruskan juga usaha untuk mencari pelaburan yang terbaik itu. Saya mengkaji futures, options, komoditi dan lain-lain lagi bentuk pelaburan.

Suatu hari, saya diberitahu tentang hartanah. Hati saya tergerak dan saya mula menyelidik tentang hartanah. Saya mendapati bahawa hartanah mempunyai semua ciri-ciri yang saya kehendaki di dalam satu pelaburan. Ianya tidak memerlukan banyak kerja, tidak memerlukan banyak masa, tidak memerlukan banyak modal, nilainya sentiasa meningkat dan yang paling penting, memberi pulangan yang baik dan memuaskan.

Saya juga mendapati bahawa orang kaya semuanya melabur di dalam hartanah. Kalau itulah strategi yang mereka lakukan, sesiapa yang mahu turut kaya sudah tentunya perlu melakukan strategi yang sama!

Malangnya, saya juga tahu yang terlalu ramai orang - mencecah ribuan - yang kerugian kerana melabur di dalam hartanah. Tidakkah pelik? Pelaburannya sama. Tetapi ada yang buat duit manakala ramai yang lain kerugian teruk.

Saya amat mengetahui kerana saya sendiri telah tersalah langkah ketika membeli hartanah saya yang pertama. Kerana tidak ada ilmu tentang bidang ini, saya pakai main beli sahaja. Oleh itu, saya tidak menjana wang daripada pelaburan hartanah saya yang pertama itu. Orang lain buat duit tetapi saya hanya duduk tengok sahaja.

Saya tidak mahu cerita sebegini berulang. Oleh kerana saya sedar yang ilmu saya di dalam pelaburan hartanah amat cetek, saya mula belajar tentang hartanah. Saya membaca banyak buku tentangnya, saya bertanya kepada pakar-pakar dan orang-orang yang berjaya dan saya perhatikan rentak pelaburan ini dengan rapi. Kemudian saya praktikkan apa yang saya belajar itu. Strategi ini pula sentiasa dikemaskinikan agar ia bertambah baik dan canggih.

Strategi ini telah membuahkan hasil dan saya telah berjaya. Kini, saya ada beberapa buah hartanah di Lembah Kelang yang bernilai lebih RM4 juta, semuanya dilakukan secara sambilan kerana saya masih bekerja sebagai seorang juruterbang.

Setelah melihat kejayaan saya, beberapa orang rakan telah meminta saya mengajar mereka rahsia-rahsia kejayaan pelaburan hartanah. Saya mengajar mereka. Kemudian saya telah menganjur seminar "Be the Next Property Millionaire" di dalam Bahasa Inggeris bermula dari tahun 2000. Ribuan orang telah menyertai seminar tersebut dan ramai daripada mereka yang telah berjaya. Malah, seorang peserta telah berjaya mengumpul hartanah yang bernilai lebih RM6 juta!

Seterusnya, saya terbitkan tiga buah buku yang berjudul "How to Become a Millionaire Landlord", "How to Become a Property Millionaire" dan "Winning at Property Auctions". Ketiga-tiga buah buku tersebut telah menjadi best seller. Kini, terjemahan ketiga-tiga buah buku tersebut ke dalam Bahasa Malaysia yang berjudul "Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan", "Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Hartanah" dan "Juara Lelongan Hartanah" sudah berada di pasaran dan turut mencapai status best seller.

Dalam masa yang sama, saya sering mendapat e-mail daripada pembaca untuk saya mengadakan seminar ini di dalam Bahasa Malaysia. Malangnya, kerana kesuntukan masa, saya tidak dapat berbuat demikan, hinggalah kini. Untuk memenuhi permintaan ramai, saya akan mengadakan program ini pada hujung bulan Mac ini.

Jadi ambillah peluang ini untuk mendapat manfaat daripada program ini sebelum terlambat.

Seminar ini akan menunjukkan kepada anda cara-cara dan strategi-strategi untuk berjaya di dalam pelaburan hartanah. Teknik dan strategi ini saya pakai dan gunakan sendiri, jadi anda tidak perlu risau yang ianya hanya teori belaka. Anda juga tidak perlu ada latar belakang hartanah, tidak perlu menjadi seorang cendekiawan dan tidak perlu banyak modal untuk berjaya.

Saya telah melakukan kesilapan dalam pelaburan hartanah dan tidak mahu anda melalui situasi yang sama. Pada ketika ini, masih terlalu ramai orang yang menanggung kerugian besar di dalam pelaburan hartanah. Tak hairanlah tidak ramai orang yang kaya!

Di dalam woksyop ini, saya akan mengajar anda cara-cara untuk melabur di dalam hartanah dengan betul dan bijak.

Jikalau anda bercadang untuk melabur di dalam pelaburan hartanah, nasihat saya adalah untuk anda memahami asas yang betul. Dapatkan asas dan ilmu pengetahuan dengan mengikuti langkah-langkah orang yang telah berjaya di dalam bidang tersebut. Membuat duit bukanlah satu proses yang senang. Anda perlu pendekatan yang betul dan memahami konsep untuk membuat wang, kemudian barulah wang itu akan muncul. Saya akan menunjukkan cara-cara yang terbaik untuk anda menjana wang daripada pelaburan hartanah dan sistem yang akan menjadikan anda seorang Jutawan Hartanah!

Saya akan mempersembahkan idea, teknik dan strategi yang mudah dan terkini tetapi amat berkesan yang dapat membantu anda menjana wang daripada pelaburan hartanah. Anda dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang kerana anda telah melabur dengan lebih bijak.

Sebagai pesanan akhir, binalah asas yang kukuh dan segala-galanya akan memberi hasil.

 


Azizi Ali
MBA ChFC

 


 

Komen daripada peserta terdahulu ...

"Saya telah membina portfolio hartanah sebanyak RM6 juta, tanpa menggunakan wang saya sendiri. Saya sangat berterima kasih kepada Azizi Ali. Beliau telah memberi idea, kekuatan, dorongan dan sokongan untuk mencapai impian saya."

Nazarudin, Jutawan Hartanah

"Lupakan seminar lain. Inilah penghulu bagi segala seminar hartanah. Penuh dengan informasi dan disampaikan di dalam suasana yang menyeronokkan. Ditambah lagi, Azizi sungguh berkelayakan, bebas dan yang terpenting, dia sendiri telah melakukannya. Azizi, anda adalah kawan baik saya yang terbaru!"

Azlan Merican, Pengurus Sumber Manusia

"Kami telah membeli dua buah hartanah di bawah nilai pasaran selepas hadir di seminar ini. Lebih pentingnya, kami tahu bagaimana untuk memaksimakan pelaburan kami kerana telah belajar daripada seorang pakar yang telah melakukannya."

Debra Tan, Pengurus Pemasaran

"Walaupun saya sudah memiliki hartanah, saya hanya memperolehi sedikit wang daripada pelaburan tersebut. Lebih memburukkan lagi, saya menghadapi pelbagai masalah dengan penyewa. Selepas menghadiri seminar ini, saya benar-benar tahu apa yang sepatutnya dilakukan untuk menjadi Tuan Rumah Super. Kini saya menjana wang daripada hartanah dan pada masa yang sama, menghapuskan semua masalah penyewa."

Jonathan Lim, Pengarah Pengurusan

 


Tip Panas!

Mungkin anda akan tertanya - adakah saya akan mengetahui semuanya tentang hartanah hanya dalam sehari?

Pertamanya, anda tidak akan mengetahui semuanya tentang hartanah dalam setengah hari. Sebenarnya, anda tidak akan tahu semuanya jika anda belajar siang malam untuk seratus tahun pun! Azizi sudah melabur di dalam hartanah sejak 1987 tetapi beliau sendiri pun tidak tahu semuanya. Kenyataan ini boleh diaplikasikan kepada semua pelabur profesional, pemaju perumahan dan agen hartanah sekali pun. Tetapi ini tidak menghalang mereka daripada membuat duit melalui bidang ini. Jadi seminar ini tidak menjanjikan anda akan tahu dari A - Z tentang hartanah. Apa yang kami janjikan ialah anda akan menjadi seorang pelabur yang lebih bijak, lebih arif dan berpengetahuan.

Keduanya, anda tidak perlu tahu semuanya. Apa yang anda perlu tahu ialah faktor-faktor kritikal untuk berjaya di dalam pelaburan ini. Inilah di antara poin-poin yang akan diterangkan di dalam seminar ini.

 


HARIAN METRO

Kongsi ilmu, pengetahuan cara menjadi jutawan


Pendaftaran woksyop dibuka

WOKSYOP: JADILAH SEORANG JUTAWAN HARTANAH
Tarikh : AKAN DITETAPKAN NANTI
Tempat: CITITEL, Mid Valley

Woksyop satu hari ini (9 pg hingga 5 ptg) menjanjikan maklumat yang diperlukan untuk menjana wang dari hartanah.

Jika anda mengambil Azizi sebagai seorang perunding, bayarannya adalah RM4,000 bagi satu jam. Di worksyop hebat ini, anda akan dapat mempelajari daripadanya pada bayaran permulaan RM790 - di hotel lima bintang!

Wokshop berbahasa Malaysia ini akan diadakan di

Hotel Cititel Mid Valley

Hotel Cititel Mid Valley adalah hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di Kuala Lumpur.


Tarikh
Masa
Tempat
Penceramah
Status
Khamis 25 Jan 2007
7.30 mlm - 11 mlm
Hotel Armada, Petaling Jaya
Azizi Ali
TELAH BERLANSUNG!
Rabu 25 April 2007
7.30 mlm - 11 mlm
Hotel Armada, Petaling Jaya
Azizi Ali
TELAH BERLANSUNG!
Rabu 28 Nov 2007
7.30 mlm - 11 mlm
Hotel Cititel,
Mid Valley
Azizi Ali
TELAH BERLANGSUNG!
Sabtu 29 Mac 2008
9 pg - 5 ptg
Hotel Cititel,
Mid Valley
Azizi Ali
TELAH BERLANGSUNG!

 

Daftar hari ini dan dapatkan HADIAH PERCUMA bernilai RM1,218.90!

Percuma #1: Softcopy Perjanjian Sewa dan Borang Senarai Semak Hartanah - nilai RM290. Inilah Perjanjian Sewa yang terunggul di Malaysia yang dipakai oleh Azizi sendiri!

Percuma #2: Buku Kerja dan Dokumen untuk sesi worksyop - nilai RM50

Percuma #3: Softcopy artikel "How to Win at Property Auctions" oleh Azizi Ali - nilai RM29. Belajar teknik dan strategi yang efektif untuk memenangi lelongan hartanah.

Percuma #4: Buku " Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Hartanah " oleh Azizi Ali - nilai RM49.90.

Percuma #5: Servis Tulisan Wasiat (Will Writing) daripada AmTrustee - nilai sehingga RM800.

 

SILA LAYARI LAMAN WEB INI LAGI UNTUK TARIKH PROGRAM YANG BERIKUTNYA

TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG SEBUAH SYARIKAT TEMPATAN

 

Pengurus Program : True Wealth Sdn Bhd

WEB SITE: www.MillionairesPlanet.com

Seminar ini hanyalah untuk pengetahuan sahaja. Pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar penceramah dan mengubah program tanpa sebarang notis kepada peserta. Tidak ada refund yang diberikan dan sebarang tuntutan wang balik tidak akan dilayan. Apa-apa penamaan peserta baru hendaklah diberitahu kepada pihak penganjur dengan secara bertulis selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh seminar. Semua keputusan yang dibuat oleh True Wealth Sdn Bhd adalah muktamad and terikat.

© True Wealth Sdn Bhd 2008